PDF Download / Print

16hb DISEMBER 2019 // MAJLIS PELANCARAN DAN PENGHARGAAN iWORK PROJECT : WORK READINESS



TOP DIVERSIFIED SDN BHD dijemput untuk menghadiri upacara majlis pelancaran dan penghargaan iWork Project : Work Readiness yang telah diadakan pada 16hb Disember 2019 tempat Hotel Legend Inn, jam 11:30pagi hingga 1:00petang.

KK Gerik sedang menjalankan program iWork di bawah TVET, yang ditaja oleh British Council. iWork ini adalah program penempatan industri satu minggu untuk pelajar semester 1 yang akan ditempatkan di industri, untuk membina minat dan pendedahan mereka berkaitan dengan kursus mereka. British Council memainkan peranan menghantar kakitangan utama dari Kolej Komuniti dan MOE ke United Kingdom, Afrika Selatan, dan beberapa negara Komanwel lain untuk mesyuarat kepimpinan dan perkongsian program dengan kolej UK.